Sunday, December 18, 2011

syukur~

bismillahirrahmanirrahim.

assalam..


Alhamdulillah, syukur sekali kerana masih hidup di bumi Allah ini.

masih dapat menghirup udaranya yang percuma.

yang hanya perlu membayar nya dengan amal ibadah.

Allah tidak pernah meminta balasan atas rezekinya.

kita hanya perlu bersyukur atas nikmat yang diberi.

Syukur, Alhamdulillah..


aku sangat-sangat bersyukur kerana punya keluarga yang sangat penyayang.

punya rakan-rakan yang begitu prihatin.

punya guru-guru yang ikhlas memberi ilmu.

punya insan istimewa yang begitu memahami.

Ya Allah, aku sangat bersyukur kerana engkau kurniakan insan2 ini kepadaku.

benarlah kata pujangga mengatakan, Kadangkala Allah sembunyikan matahari, dia datangkan petir dan kilat. 

Kita menangis dan tertanya-tanya kemana hilang sinar. Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita PELANGI 

YANG INDAH =) "



memang benar, sungguh indah pelangi yang Engkau hadiahkan kepadaku.

tak berhenti-henti aku mengucap syukur kepadaMu.

apa yang ku harapankan, agar kau tidak menarik semula pelangi ini.

kerna aku cukup bahagia akan kehadirannya.

aku mohon Engkau kekalkan pelangi ini untukku sehingga akhir hayatku.

pelangi indah yang membuatkan hari-hariku menjadi ceria.

membuatkan aku tersenyum setiap masa.

terima kasih Ya Allah.




Engkaulah calon imamku.

semoga dirimu mampu membimbingku ke jalan yang diredhaiNya.

moga aku mampu untuk menjadi yang terbaik untuk dirimu.

semoga kita mampu mengharungi dugaan-dugaan yang mendatang.

sabar atas segala ujian.

engkau cinta terakhirku untuk selamanya.

semoga impian kita akan menjadi kenyataan kelak.

moga Allah merahmati perhubungan yang dibina.



:: Tuhan lembutkanlah hati dia untuk terimaku seadanya ::

Amin Ya Rab...

2 comments:

  1. amin.. :)

    uya dpt ase k.yan hepi..hehe..moga Allah setuju ye.. ^^

    ReplyDelete
  2. thanx uya! mudah-mudahan. Aminnn. doa2kan laa ye~
    akak doakan uya pon hepy jugak! ^^,

    ReplyDelete