Sunday, October 2, 2011

sEkadaR pErkOngsiAn ~


untuk adam,andai mahu mencari hawa..

1) jgn dilihat pd purdah mahupun tudung semata-mata..kerana hawa hari ini tidak lagi seperti dulu..lihatlah pd telapak tangannya..andai mudah telapak lembut itu hinggap pada kulit lelaki lain tanpa lapik..fikirlah semasaknya untuk menyuntingnya..sesungguhnya memegang bulu anjing itu lebih baik dari menyentuh kulit lelaki atau wanita yang boleh kita kahwini..
2. jgn dilihat pada baju labuh mahupun jubahnya semata-mata..lihatlah pada sebujur bibirnya..andai kata-katanya berbisa atau kuat suaranya..fikirlah semasaknya andai hati masih teringin menyuntingnya..khuatir kelak dia membawa fitnah buat si suami..menabur buruk diri si suami..
3. jgn dilihat pada cantik dan ayu wajahnya semata-mata..lihatlah pada sepasang mata yang indah miliknya..andai tidak redup menunduk pandangan..fikirlah semasaknya andai ingin terus menyunting dirinya..khuatir bila sudah bersuami, matanya masih terus meliar memandang segak rupa lelaki lain yang bukan bernama suami..

untuk hawa,andai mahu menerima cinta adam..

1. jgn dilihat pada kereta mewahnya semata-mata..lihatlah pada aktiviti malamnya..andai liar hidupnya tika malam menjelma..fikirlah sebaiknya andai mahu menerima..kerana maksiat itu lebih mudah tatkala kelam malam sudah tiba..khuatir juga subuhnya terus leka dibuai mimpi nan indah..
2. jgn dilihat pada pakaian berjenama semata-mata..lihatlah pada bahagian kakinya..andai mudah lututnya ditayangkan tatkala lincah di padang bola..fikirlah sebaiknya andai masih mahu menerima..kerana aurat suami itu hanya selayaknya dilihat oleh si isteri..
3. jgn dilihat pada tampan paras semata-mata..lihatlah pada mulutnya tatkala berbicara..andai dia mudah menghambur carutan dan sumpah seranah..fikirlah sebaiknya andai masih tegar memilihnya..khuatir pabila bersama kelak,kesalahan kecil anda akan menerima hamburan cacian yang menyeksakan..




* sesungguhnya lelaki/wanita yang baik itu hanyalah untuk wanita/lelaki yang baik. jika inginkan jodoh yang terbaik, maka berusahalah terlebih dahulu untuk menjadikan dirimu yang terbaik. insyaAllah, kelak kamu akan mendapat yang terbaik *
* renungan bersama, untuk semua & diri sendiri juga. semoga bermanfaat ^^, *

No comments:

Post a Comment